GOLF

Perutusan Tahun Baharu 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ahli-Ahli Persatuan Perlis Kuala Lumpur yang dihormati sekalian.

1 Januari 2017, kita menyambut kedatangan Tahun Baharu dengan penuh kesyukuran. Melangkah ke tahun 2017 bermakna bermulalah episod baharu di dalam kehidupan kita. Selepas 365 hari mengharungi tahun 2016, kita pasti telah dapat menilai pencapaian yang diperoleh dan bermuhasabah dengan perkara-perkara yang boleh diperbaiki pada tahun berikutnya.

Pada tahun ini, Persatuan Perlis Kuala Lumpur mencapai usia 43 tahun sejak idea penubuhan dizahirkan pada tahun 1974. Berkat sokongan dan komitmen daripada seluruh ahli, maka persatuan yang kita cintai ini terus kekal relevan hingga kini. Kita juga amat berterima kasih dan menghargai jasa dan budi semua pemimpin terdahulu yang telah menerajui persatuan dengan baik dan membanggakan kita semua. Semangat dan idealisme kepimpinan mereka akan sentiasa mekar dalam ingatan kita.

Sungguhpun jauh kita merantau namun ingatan kepada Negeri Perlis yang tercinta sentiasa subur di dalam sanubari. Oleh itu, kita berdoa agar negara Malaysia amnya dan Negeri Perlis khasnya sentiasa aman, makmur dan sejahtera.

Persatuan Perlis Kuala Lumpur akan terus komited pada tahun 2017 untuk meneruskan aktiviti-aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan kita. Harapan persatuan adalah sokongan dan komitmen padu dari semua ahli untuk terus menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Pihak Persatuan sentiasa mengalu-alukan pandangan dan nasihat daripada semua pihak demi kejayaan Persatuan Perlis Kuala Lumpur.

Akhir sekali, Persatuan Perlis Kuala Lumpur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua. Semoga setiap usaha kita akan sentiasa diberkati.

PPKL FC


Aktiviti sukan bola sepak adalah antara kegiatan yang digemari oleh ahli-ahli persatuan sebagai wadah bagi mengeratkan silaturahim. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengaktifkan sukan tersebut semasa baginda menerajui portfolio sukan PPKL pada suatu ketika itu.

Kini kesinambungan PPKL FC diteruskan melalui perlawanan-perlawanan persahabatan. Pada masa ini, Pasukan PPKL FC diuruskan oleh Saudara Nazwan Arwizan. PPKL FC mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersosial melalui sukan bola sepak.

AKTIVITI PPKL BAGI TAHUN 2017

PERKARA TARIKH MASA TEMPAT
Mesyuarat AJK PPKL Bilangan 1 2017 2 Jan 2017 9.00 pagi Bukit Tunku, Kuala Lumpur
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 33 11 Mac 2017 12 tgh hari - 4.30 ptg Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Futsal Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis 15 April 2017 8.00 pg - 8.00 mlm D'Futsal Kangar Perlis
Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis 17 Mei 2017   Istana Arau Perlis
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih 10 Jun 2017 6.30 ptg - 10.00 mlm Restoran D’saji, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Pertandingan Golf Persahabatan Piala Syed Areeb Putra 27 Jun 2017 7.00 pg - 2.00 ptg Kelab Golf Putra, Kangar
Pertandingan Bola Raya 28 Jun 2017 8.00 mlm - 11.00 mlm Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar
Hari Keluarga PPKL sempena Hari Raya Aidilfitri 9 Julai 2017 9.00 pg - 2.00 ptg Anjung Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Malam Perlis 2017 14 Oktober 2017 8.00 mlm Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

 Semua aktiviti tertakluk kepada perubahan akhir oleh pihak persatuan

Lokasi Kami

KALENDAR PPKL

December 2022
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

INGIN MENJADI AHLI? SILA DAFTAR SEKARANG


Muat Turun Borang   Daftar Dalam Talian   Kemaskini Keahlian