Keahlian PPKL

Keahlian persatuan adalah terbuka kepada:

• Semua anak Perlis yang berumur 18 tahun ke atas
• Warga negara Malaysia yang pernah berkhidmat di Negeri Perlis.
• Lelaki atau wanita yang bernikah dengan orang Perlis
• Mereka yang mempunyai sebarang hubungan dengan Negeri Perlis

JENIS KEAHLIAN

• Ahli Seumur Hidup (ahli yang membayar yuran sebanyak RM100 sekaligus)
• Ahli Biasa (ahli yang membayar yuran tahunan sebanyak RM10 pada setiap tahun)
• Ahli Kehormat (ahli yang terdiri daripada orang kenamaan yang telah banyak berjasa kepada PPKL. Pelantikan ahli kategori ini adalah dibuat oleh Jawatankuasa PPKL)

YURAN KEAHLIAN

Yuran keahlian PPKL adalah seperti berikut:

• RM100 bagi Ahli Seumur Hidup (dibayar sekaligus)
• RM10 bagi Ahli Biasa
Setiap permohonan keahlian akan dikenakan yuran masuk sebanyak RM5.

TANGGUNGJAWAB KEAHLIAN PPKL

Setiap ahli PPKL adalah bertanggungjawab:

• Menjunjung tinggi segala tujuan dan maksud Persatuan
• Menjelaskan yuran tahunan keahlian
• Menjaga nama baik diri sendiri dan Persatuan
• Memaklumkan kepada Setiausaha apabila berpindah atau bertukar alamat

PPKL boleh menggantung atau memecat keahlian seseorang ahli persatuan ini jika:

• Tidak menjelaskan yuran tahunan selama dua tahun berturut-turut
• Melanggar peraturan dan perlembagaan Persatuan
• Dihukum oleh mahkamah kerana terlibat di dalam kes jenayah

KALENDAR PPKL

October 2021
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

INGIN MENJADI AHLI? SILA DAFTAR SEKARANG


Muat Turun Borang   Daftar Dalam Talian   Kemaskini Keahlian