Hari Keluarga PPKL

Ahli-ahil Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) yang dihormati, PPKL akan meneruskan tradisi penganjuran Hari Keluarga bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan pada setiap tahun sebagai platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan kita. Setelah sekian lama kita menganjurkan majlis tersebut di Anjung FELDA Kuala Lumpur, maka pada tahun ini lokasi ditukar ke Orchard Villa @ Gombak (Felda D'Saji), Kuala Lumpur dengan suasana yang lebih kondusif dan selesa.


PPKL mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke majlis tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-3607868 (PPKL).