Majlis Hari Raya & Hari Keluarga PPKL
Jangan lupa Majlis Hari Raya & Hari Keluarga PPKL pada 1 Julai 2018 (Ahad) di Kampung Pengantin Kuala Lumpur (The Sacred Garden), Jalan 3/23D, Taman Danau Kota, KL, mulai jam 10 pagi - 2 petang. Mai kita raikan silaturahim anak Perlis di Kuala Lumpur/Lembah Kelang dalam suasana hari raya dan semangat kekeluargaan yang mesra dan ceria. Jom kita berhimpun dan beraya bersama-sama...
Pangkalan Asam Perahu Bermudik
Singgah Di Tok Kuning Minum Ayaq Nira
Anak Perlis Semua Dah Macam Adik-Beradik
Di Majlis Hari Raya & Hari Keluarga Kita Berjumpa
Sajian Raya Nikmatilah Juadah
Program Santai Hiburan Sekeluarga
Berkongsi Hadiah Bersama Yang Bertuah
Erat Silaturahim Anak Perlis Beraya
PPKL