Tujuan dan Maksud
Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) ditubuhkan untuk mencapai tujuan dan maksud seperti berikut :-
- Menyokong dan menyanjung tinggi prinsip-prinsip Rukun Negara.
- Mengeratkan tali persaudaraan di kalangan anak-anak Perlis dan mereka yang ada hubungan / kaitan dengan Negeri Perlis dari segi ekonomi, sukan dan kebudayaan.
- Berusaha untuk bantu-membantu di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun Persatuan ini tidak boleh mengeluarkan faedah-faedah seperti yang tersebut dalam seksyen 11, Akta Pertubuhan 1996.
- Menerima serbanika sumbangan ataupun derma bagi mengukuhkan Tabung Kewangan Persatuan.
- Berkerjasama dengan lain-lain pertubuhan yang halal dan sah dari segi undang-undang.