Latarbelakang
• Tan Sri Dato’ Seri Azmi Khalid (Pengurus, Besar PKNS)
• Dato’ Izham Mahmud (Pengurus, Aseambankers)
• Dato’ Faridah Khalid (Aktivis Masyarakat)
• Haji Azzudin Ismail (Ahli Perniagaan)
• Encik Rustum Sheikh Abu Bakar (Pegawai Kastam)
• Encik Ahmad Hussin (Pengurus, Syarikat Rothman International)
• Encik Idris Tan Sri Dato’ Sheikh Ahmad (Ahli Perniagaan)
• Encik Abdullah Marzuki (Pegawai Kerajaan)
• Mejar Syed Marzuki Syed Harun (Anggota Tentera)
Pada peringkat awal, identiti persatuan hanya dikenali sebagai Persatuan Perlis. Urusan formalisasi persatuan bermula pada tahun 1976 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penaja di Kantin Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Azmi Khalid. Pada mesyuarat tersebut, Almarhum Dato’ Syed Mahadzar ibni Syed Hussein Jamalullail telah dilantik sebagai Penasihat dan Dato’ Syed Kamarulzaman Syed Bahaldin sebagai Yang DiPertua.
Logo PPKL dizahirkan berdasarkan konsep oleh Dr Yahya Mat Hassan, Ahli Jawatankuasa PPKL dan telah direalisasikan oleh seorang pereka di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia) pada tahun 1976.
PPKL telah didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 15 September 1980. Aktiviti pertama yang dilaksanakan oleh PPKL adalah Malam Perlis di Hotel Regent, Kuala Lumpur. Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah berkenan berangkat pada majlis ulung PPKL tersebut. Kini dengan keahlian yang telah mencapai 1200 orang, PPKL sentiasa aktif melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan meneruskan kesinambungan berpersatuan sejajar dengan hasrat penubuhan persatuan.